Malay

Wudhuk

Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IXBahagian X |Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Kita semua tahu wudhuk yang sempurna adalah syarat untuk bersolat. Jadi ramai yang melihat wudhuk sekadar suatu cara. Seseorang itu fikir, “Saya tidak dapat solat melainkan saya ada wudhuk yang sempurna,” jadi dia melakukannya dengan niat. Tapi wudhuk sebenarnya lebih daripada itu – kerana ini, amat menyedihkan apabila kita kenang kembali yang kita telah bersolat selama 10 atau 20 atau 30 tahun dalam hidup kita, tanpa dipersegarkan oleh wudhuk kita. Wudhuk mempunyai rahsia-rahsianya tersendiri, tapi untuk merasai rahsia-rahsia ini, kita mesti berubah.

Niat

Abdullah bin Mubarak berkata, “Berapa banyak amal yang dikira kecil telah diangkat kerana niat (di sebaliknya)? Dan berapa banyak amal yang dikira hebat tapi menjadi kecil kerana niat (di sebaliknya)?”

Perkara pertama yang kita boleh ubah tentang wudhuk kita adalah berapa banyak ganjaran yang kita akan dapat dengannya. Sesetengah orang mungkin kta, “Tapi saya telah melakukan semua sunnah wudhuk. Saya tidak membazir air dan saya membaca doa sebelum dan selepasnya.” Ini bagus, tapi jika kita perasan, ini semua hanyalah luaran. Apa yang tertinggal adalah dalaman – hati. Ibn Al-Qayyim berkata seseorang itu mungkin melakukan sesuatu yang kecil tetapi dia lebih disayangi Allah s.w.t daripada seseorang yang melakukan dengan banyak, hanya kerana ‘kehadiran’ hati orang yang pertama tadi. Sebagai gambaran, Ibn Al Qayyim menceritakan tentang seorang lelaki, yang ternampak syaitan yang tidak dapat memasuki masjid berada di pintu masuk. Apabila dia melihat ke dalam, dia ternampak seorang lelaki yang sedang tidur dan seorang lelaki yang sedang berdiri dalam solatnya. Dia berkata kepada syaitan itu, “Adakah lelaki yang sedang bersolat itu yang menghalang kamu daripada masuk?” Syaitan menjawab, “tidak, tetapi lelaki yang sedang tidur itu.” Kenapa? Kerana keadaan hatinya ketika itu.

Tanya diri anda sendiri: apabila anda mengerjakan wudhuk, apakah tujuan anda? Ramai yang akan mengatakan tujuannya adalah sebagai persediaan sebelum solat. Tapi kita perlu menggalakkan hati kita dan menambah tujuan lain – kita lakukannya kerana Allah. Ia seperti member sedekah; jika anda mendermakan duit kepada seorang lelaki yang merempat dalam perjalanan pulang dari kerja, anda mungkin tidak berfikir panjang tentangnya. Tapi jika anda melakukannya dengan niat untuk membantu kerana Tuhan, suatu perasaan lain akan dating dalam hati anda dan anda rasa bersemangat untuk melakukannya. Anda akan merasa dekat dengan Tuhan, sama ada anda member 50 sen atau RM50.

Sertakan dengan tujuan lain, iaitu mengikut sunnah kewujudan yang terbaik, iaitu Rasulullah ﷺ ini akan menyebabkan kita menyempurnakan wudhuk kita dan terfikir tentang cara Rasulullah ﷺ berwudhuk semasa kita melakukannya. Saya teringat ketika saya benar-benar rasa teruja untuk mencontohi Rasulullah, dan saya akan mengambil baling kecil dan mengisinya dengan air untuk berwudhuk. Ia membuatkan saya rasa begitu teruja tapi juga menyebabkan saya sedar betapa sedikitnya air yang saya perlukan!

Ada suatu dimensi terakhir yang kita boleh sertakan untuk menggerakkan hati kita dan buatkan wudhuk kita lebih disayangi Allah – niat untuk menghapuskan sebahagian dosa-dosa kita. Wudhuk adalah pembersihan kerana ia menghapuskan dosa-dosa kecil. Rasulullah ﷺ bersabda:

“Seseorang yang menyempurnakan wudhuknya akan menggugurkan dosa-dosa dari tubuhnya, dosa-dosa itu akan gugur sekalipun dari celah-celah kukunya.” (Muslim)

Masalah Waswas (bisikan)

Sesetengah orang dalam usaha menyempurnakan wudhuk mereka, menghadapi masalah yang sukar: waswas, iaitu bisikian dalam diri sendiri, dan di sini ia bermaksud paranoia (kebimbangan yang bukan-bukan). Contohnya, seseorang itu akan selalu berwudhuk lebih daripada sekali, dan ingin solat lebih daripada sekali kerana paranoia.

Jika anda menghadapi masalah seperti ini, insyaAllah ada penawarnya. Ramai orang yang telah berusaha dan kata mereka, dengan kehebatan Allah, mereka telah ‘sembuh’. Cerdik pandai telah mengatakan mereka yang terlalu paranoia patut yakin dengan amal mereka. Jadi jika seseorang terfikir, saya telah berwudhuka atau belum? Anggap sahaja sudah. Jika anda mula sangsi telah solat tiga atau empat rakaat (zuhur katakan)? Anggap empat. Ini mungkin kurang selesa kepada sesetengah orang jadi mari kita jawab sebahagian persoalan ramai ini. Pertamanya, mengapa kita mengulang-ngulang wudhuk untuk solat? Kita bimbang kita tidak melakukannya dengan betul dan Allah tidak akan menerimanya. Memandangkan anda melakukannya kerana Allah, ketahuilah: Allah tidak mahu anda mengulang-ngulang. Mengapa begitu? Rasulullah ﷺ bersabda:

“Jika salah seorang dari kamu mendapat gangguan dari dalam perut dan tidak pasti sama ada dia telah melepaskan angin atau tidak, dia tidak perlu meninggalkan masjid melainkan dia mendengar bunyinya atau terhidu baunya.” (Muslim).

Oleh itu seseorang itu perlu yakin 100%.

Sedikit doa selepas wudhuk

Ada sedikit doa yang kita patut baca selepas wudhuk:

“Ash-hadu an la la ilaha ila Allah (swt)  wa ana Muhammad ‘abduhu wa Rasulu.”

“Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu hamba dan pesuruhNya.”

“Lpaan pintu syurga itu dibuka untuk dia dan dia boleh masuk dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.” (Muslim)

Juga:

“Subhanak Allah (swt) uma wa bihamdik ash-hadu an la la ilaha ila ant astaghfiruka wa atoobu ilayk.”

Maha Suci Allah dan segala puji bagiMu, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkanMu, dan aku memohon ampun dan kembali kepadaMu.”

“Akan tertulis di kertas yang terbaik kemudiannya disimpan; supaya kemudiannya ia tidak akan terjejas sehingga hari kebangkitan.” (Sahih Al-Jami)

Semoga Allah membantu kita menyempurnakan wudhuk dengan menghadirkan hati. Amin.

About the author

Malay Translator

Add Comment

Leave a Comment