Malay

Salam daripada Rasulullah ﷺ

Oleh Jinan Yousef | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian XBahagian XIBahagian XIIBahagian XIIIBahagian XIVBahagian XV|Bahagian XVIBahagian XVIIBahagian XVIIIBahagian XIXBahagian XXBahagian XXIBahagian XXIIBahagian XXIIBahagian XXIII | Bahagian XXIVBahagian XXVBahagian XXVIBahagian XXVII | Bahagian XXVIII

Jika kita mengerjakan solat dua rakaat, seperti Subuh, kemudian hampir selesai solat, pengakhiran kepada pertemuan singkat kita dengan Allah. Setelah sujud kedua dalam rakaat kedua, Rasulullah ﷺ duduk, meletakkan tapak tangan kanan di atas peha kanan (dalam riwayat yang lain: lutut baginda), dan meletakkan tapak tangan kiri di atas peha kiri (dalam riwayat lain: lutut baginda, di seluruhnya) (Muslim).

Terdapat sedikit perbezaan pendapat di kalangan ulamak sama ada seseorang itu patut menggerakkan jari ketika tashahhud (duduk tahiyyat), jadi saya cadangkan anda mengikut mazhab anda atau ulamak yang dipercayai.

Tashahhud

Rasulullah ﷺ memulakannya dengan:
tashahhud

التحياتُ لله ، والصلوات والطيبات

“Segala puji [at-tahiyyaat], solat [as-salawaat] dan kebaikan[at-tayyibaat] adalah untuk Allah…” (Bukhari)

Apabila kita membacanya, kita perlu amalkan kunci rahsia yang pernah kita bincangkan sebelum ini, iaitu merujuk kepada Allah dan bercakap denganNya.

Jadi mari periksa makna yang lebih mendalam tentang bacaan kita:

At-tahiyyaat: kita bertegas bahawa semua perkataan yang memberi erti aman, kedaulatan, dan keabadian adalah kerana Allah (due to Allah). Ibn ‘Uthaymeen berkata ini adalah kata penyanjungan dan penghormatan.

As-salawaat: kita bertegas bahawa semua doa dan solat adalah kerana Allah.

At-tayyibaat: kita bertegas bahawa semua amal kebaikan yang dilakukan adalah untuk Allah.

Tempat yang berbeza

Selepas membaca yang di atas, bacaan kita dibawa ke suatu tempat yang lain, beribu-ribu kilometer jauh dari tempat kita. Ke mana? Tengok video di bawah:

Ia adalah tempat di mana tersemadinya ciptaan yang termulia, Nabi Muhammad ﷺ, di Madinah bandar yang dirahmati. Ucapan berikut, yang kita baca dalam setiap solat, akan disampaikan kepada baginda:

السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته

“… Salam sejahtera ke atasmu, Ya Rasul, dengan rahmat Allah dan berkatNya.”

Bagaimana kita tahu? Rasulullah ﷺ memberitahu: “Tiada siapa yang menyampaikan salam kepadaku kecuali Allah telah mengembalikan jiwaku kepadaku supaya aku dapat menjawab salamnya.” (Abu Dawud).

Sekarang saya mahu anda melihat kepada pintu yang berdekatan anda dan bayangkan. Bayangkan Rasulullah yang dicintai masuk melalui pintu tersebut ketika ini. Bayangkan baginda berjalan masuk dengan ‘imamah (turban), thoub putih baginda yang  panjang (pakaian labuh ke buku lali), muka baginda yang bersinar dan jambang yang hitam, dan senyuman baginda yang indah. Anda sekarang berpeluang untuk menyampaikan salam kepada baginda, jadi bagaimana anda akan menyatakannya?

Fikirkan tentang sahabat-sahabat baginda r.a., di luar Madinah yang sedang menunggu ketibaan baginda. Mereka menunggu untuk beberapa hari, setiap hari datang ke tempat yang sama dengan setia, menunggu. Apabila mereka akhirnya nampak baginda, bayangkan kegembiraan mereka, nyanyian mereka yang masih kita ajarkan kepada anak-anak kita hari ini (“tala` al-badru `alayna…”), setiap sahabat berebut untuk menyampaikan salam kepada baginda ﷺ Betapanya kita ingin berada di sana juga!

Apakah perasaan anda? Kita mungkin belum berada di sana, tapi sekurang-kurangnya, di sini dan sekarang, kita telah diberitahu bahawa salam kita telah disampaikan kepada baginda dan baginda menjawabnya. Janganlah dipersiakan peluang ini, dengan mengucapkan bacaan tersebut dengan sepenih hati dan rasa cinta yang melimpah seperti yang akan kita lakukan jika baginda berdiri di depan kita.

Salam kepada kita dan orang soleh

Kemudian kita membaca:

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

“Peace be on us, and on the righteous slaves of Allah.”

Rasulullah ﷺ berkata apabila seseorang membacanya, “ia termasuk setiap hamba yang soleh di langit dan di bumi.” Dan bacaan seterusnya:

أشهد أن لا إله إلا الله ، وأشهد ان محمدا عبده ورسوله

“Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Muhammad itu hamba dan pesuruhNya.”

Jika seseorang itu dalam rakaat kedua solat maghrib atau isyak, dia perlulah meneruskan solat dengan bangkit berdiri.

Semoga Allah mengizinkan kita untuk menyedari hikmah setiap pergerakan solat. Amin.

About the author

Malay Translator

Leave a Comment